Welcome To My Blog!

From: The Rival™

Thursday 15 September 2011

My New Style Of Blogging

Last Post I explain what the really means of blogging,I realized that I need a new 'AURA' of blogging,today I will post a blog in Malay..

Selama ni aku tulis blog dalam Bahasa Inggeris takde sape pun pertikaikan,last-last member-member aku pulak yang tanya aku kenapa tak tulis je blog dalam Bahasa Melayu,bahasa Ibunda tanah air tercintaku ini,haih..banyak pulak korang punye idea,kenapa dalam kelas kau tak jadi secergas ni?hadoooi..

So,untuk post kali ni dalam Bahasa Melayu dalam pertama kalinya,aku akan membincangkan tentang Infinity Downline-apa itu?skim piramidkah?skim cepat kayakah?

Infinity Downline atau ID semakin meriah kat Malaysia. Malah ada yang cuba cuba spam di wall facebook aku tentang peluang buat duit terbaru ini. Malah, ramai juga ada bertanya tentang program ini. Pada pendapat peribadi aku ia adalah sejenis program money game atau head hunting.
Konsepnya adalah sama seperti skim piramid/ program yang ada kat Malaysia ni. Antaranya:
-amaljariah.net
- surerich.net
- binajutawan.biz
- dana2u.com
- smartinvest4u.com
- cb2u.net
- e-wallet2u.net
- myhomebiz2u.net
   Diatas adalah program yang aku kategorikan sebagai skim yang berteraskan permainan duit atau head hunting. Mereka mengunakan pelbagai istilah seperti dana, sumbang ikhlas dan banyak lagi. Mereka mengunakan wang/duit sebagai gula untuk menarik minat orang malah mengunakan al quran dan hadis bagi menghalalkannya. Ada yang mendakwa ia untuk membantu sesama Islam la. Ikhlas untuk tolong semasa Islam dan banyak lagi alasan.



Adakah ia MLM?
Ya. Walaupun ada yang menafikannya dengan menyatakannya affiliate program. Konsep Reverse 2 Up yang digunakan adalah salah satu cara compensation plan dalam sistem MLM.
Bagaimana pulak pandangan ahli agama dalam perkara sebegini?
Panduan daripada JAKIM berkenaan dengan perniagaan dan pelaburan internet:
Sekiranya perniagaan yang disertai itu mematuhi kehendak syara’ maka ia diharuskan. Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh peniaga yang menjalankan sesuatu perniagaan ialah :
i. Ada akad yang jelas.
ii. Tempat pelaburan yang tidak bercanggah dengan hukum syarak.
iii.Tiada unsur-unsur riba.
iv. Tiada unsur-unsur penipuan.
v. Tiada unsur-unsur penindasan.
vi. Tiada unsur-unsur penyelewengan.
Tujuan Islam mengharamkan sesuatu perkara adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kezaliman mahupun penipuan terutama yang melibatkan perniagaan. Berhubung pelaburan melalui internet, ia suatu perkara yang memungkinkan berlakunya penipuan dan ini sudah jelas berlaku. Banyak perkara seperti tempat pelaburan, perjanjian keuntungan yang adil, sumber dana, pihak yang mengurus dan pengendali yang tidak dijelaskan secara terperinci dan persoalan yang berkaitan dengan hukum samada halal atau tidak. Inilah yang menjadi sebab mengapa perkara ini menjadi syubhat dan haram.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke -77 pada 10-12 April 2007 telah memutuskan bahawa sebarang bentuk pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti yang ditawarkan oleh beberapa syarikat pelaburan dalam dan luar negara adalah haram kerana ia mengandungi unsur-unsur riba dan gharar..
Banyak lagi aku boleh tulis mengenai benda nih,tapi disebabkan masa yang sangat pantas berlalu,aku cuba menjawab persoalan mereka nanti.Nasihat aku satu je,jangan mudah tertipu,google ada enjin carian berlambak,jangan hanya membuta tuli kerana duit,bukan duit tu tolong korang kat kubur nanti pun..
Lagi satu,aku paling anti spam benda alah gini kat fb,email bahkan aku punye blog ni pun sendiri..chaitt


Sekian. 





No comments:

Post a Comment